Filem Korea: Missing (2016)


SINOPSIS

Ji Sun (Uhm Ji Won) merupakan ibu tunggal yang kuat bekerja. Disebabkan kesibukan kerja, dia mengambil Han Mae (Gong Hyo Jin) untuk mengasuh anaknya. Dalam pada itu, Ji Sun juga sedang dalam perebutan hak penjagaan anak dengan bekas suaminya, seorang doktor.


Pada suatu hari apabila Ji Sun pulang ke rumah, dia mendapati anaknya dan Han Mae tidak ada. Dia cuba mencari mereka namun keduanya hilang tanpa jejak.

ULASAN

Ohsem!

Jarang nak dapat cerita sebaik Missing ni. Lakonan kedua pelakon berpengalaman, Gong Hyo Jin dan Uhm Ji Won ternyata memberi kesan yang baik sepanjang perjalanan cerita hingga ke akhirnya. Skrip pun diolah dengan baik. Walaupun Hyo Jin dan Ji Won masing-masing belum berumah tangga tapi keduanya tidak mempunyai masalah untuk menjiwai watak seorang ibu.

Kisah yang menyayat hati. Dua orang ibu yang kehilangan anak dalam dua situasi berbeza. Seorang  miskin sampai tak mampu nak bayar yuran hospital. Seorang lagi sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk anak tapi keduanya cuba untuk buat yang terbaik bagi anak masing-masing.

Kehilangan Da Eun menimbulkan persoalan. Manakala identiti sebenar Han Mae apabila dikupas satu persatu amatlah mengejutkan dan menyedihkan. Bila apa yang terjadi pada Han Mae didedahkan barulah penonton sedar apa yang sebenarnya berlaku dan niat sebenar Han Mae menculik anak Ji Sun.


Ada beberapa persoalan dalam kisah ni. Anataranya, sanggupkah kita korbankan anak orang lain demi anak kita? Adakah nyawa anak kita lebih berharga dari anak orang lain sedangkan kedua-duanya kanak-kanak yang tidak berdosa.

Filem Missing memang waijb tonton. Permulaan cerita mungkit sedikit messy tapi penonton tak perlu menunggu lama untuk mendapat kejutan demi kejutan.


RATING: 10/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...