Filem Korea: The Mimic (2017)


SINOPSIS
Hee Yeon (Yeom Jung Ah) berpindah dari Seoul ke Busan dan tinggal di rumah berhampiran Gunung Jang. Dia dan keluarganya berpindah ke Busan untuk cuba memulakan hidup baru setelah kehilangan anak lelakinya, Jun Suh lebih kurang 4 tahun lalu.

Pada suatu hari dua orang anak Hee Yeon masuk ke dalam hutan berhampiran rumah mereka dan menemui sebuah dinding berbata yang berlubang ditengahnya. Salah seorang dari mereka cuba menjenguk ke dalam namun ditarik pantas oleh suatu makhluk.


ULASAN

Akhirnya dapat tengok juga cerita ni. Ideanya juga berbeza dari filem seram lain yang banyak menggunakan hantu. Sebaliknya, The Mimic berasal dari mitos tentang Jangsanbeom, iaitu suatu makhluk yang bergigi tajam dan berbulu putih. Ia juga mampu meraung seperti seorang wanita. Namun, dalam filem ini Jangsanbeom digambarkan sedikit berlainan. Dalam The Mimic, Jangsanbeom boleh meniru suara sesiapa sahaja yang dia dengar. Ini lebih memudahkan dia untuk menarik mangsa dengan menggunakan suara ahli keluarga atau kawan rapat.

Cerita memang serius seram. Walaupun tak pecah panggung macam The Wailing tapi The Mimic bagi saya cukup seram. Takde hantu tapi mahkluk yang ada pun dah giler scary.

Permulaan filem pun dah cukup ngeri dan beransur seram. Kita semua pun tahu repetoire filem seram selalunya pindah rumah baru. So, Hee yeon ni pun pindah ke rumah baru dan disitulah berlakunya kejadian yang menyeramkan.

Cuma diakhir filem, saya tertanya tentang anak lelaki bongsu Hee Yeon yang hanya membuat kemunculan sekali. Ke mana dia pergi? Lepas tu apa yang jadi dengan mangsa Jangsanbeom? Kena makan atau hilang tanpa arah dalam gua tu?

Babak akhir bila Hee Yeon buat keputusan tu agak menyedihkan tapi saya boleh hadam juga sikit. Seorang ibu yang hilang anak macam Hee Yeon tentu dia rindu sangat nak dengar suara Jun Suh. Biarpun palsu, dia nak terus percaya itu Jun Suh. Tambahan pula masa tu dia dah hilang penglihatan. Lagilah nampak macam Jun Suh masih hidup.

Overall, BEST!

RATING: 9/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...