Nota Buat Cempaka (2019)

Nota Buat Cempaka merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya penulis Sophilea. Drama Nota untuk Cempaka merupakan drama terbaru di Slot Widuri RTM. Drama ini bersiaran pada pukul 7 malam. Sama waktu dengan drama Bukan Cinta Aku di Slot Akasia TV3.

SINOPSIS

Mengisahkan Cempaka Elina (Eyka Farhana) yang ditinggalkan bakal suaminya, Fikry (Nadzmi Adhwa) pada hari perkahwinan mereka. Ibu Fikry menghalang Fikry dari menghadari majlis perkahwinannya sendiri kerana tidak mahu anaknya itu berkahwin dengan Cempaka yang tidak setaraf dengan mereka. Fikry anak keluarga berada manakala ayah Cempaka hanyalah seorang nelayan. Peristiwa memalukan itu menyebabkan ayah Cempaka menerima pinangan keluarga Dr. Luqman Harith (Daler Yusuf).



ULASAN


Nak kata best pun tak. Nak kata tak best pun tak. Kira tengah-tengah. Lagipun drama ni baru lagi. So, maybe nanti dah habis baru boleh tengok best ke tak. Novel Nota untuk Cempaka ni belum berkesempatan baca. Untuk yang tak sabar nak tengok kat tv, mungkin boleh terus beli je. Then again, TV punya cerita mungkin lain sikit.

Kisah pengantin yang kena tinggal masa hari kahwin, rasanya bukan perkara baru (7 Hari Mencintaiku, Jodoh Itu Milik Kita) tapi mungkin arah tuju drama ni nanti akan membezakan dari drama lain. Daler Yusuf sebagai hero, saya tak berapa minat sebab Bahasa Melayu dia masih kurang fasih. Eyka Farhana memang saya suka lakonan dia dari dulu. Natural sangat. Muka pun cantik. Ada iras Fazura.

Drama kat RTM ni selalunya best jadi saya harap yang ni pun best juga walaupun adaptasi novel. Kadang adaptasi novel, cerita entah apa-apa. So, harap pemilihan drama adaptasi novel RTM lebih baik berbanding TV lain.

Setakat ni, Nota untuk Cempaka nampak baik saja perjalanan cerita dia. Walaupun permulaan cerita agak cliche tapi I'm willing to give this one a chance.

RATING:8/10

YANG BEST: Eyka Farhana

YANG TAK BEST: Daler Yusuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...