Iktibar (2019)


SINOPSIS

Drama ni mempunyai kisah yang berbeza setiap episod. Setiap penceritaan dalam setiap episod berkisarkan tentang mereka yang bekerja di penjara dan bagaimana kisah hidup banduan di dalamnya mampu memberi pengajaran pada kita yang diluar sini.

Episod 1 - Buli Jadikan Aku Pembunuh


Cikgu Azrul (Hisyam Hamid) bertugas sebagai guru untuk tahanan juvenil. Salah seorang pelajarnya, Roy merupakan pembuli yang telah membunuh rakannya. Dalam satu kejadian lain, Cikgu Azrul bertembung dengan Azim, anak jirannya yang ketika itu sedang dibuli beberapa pelajar lain. Dia cuba membantu tapi Azim seringkali mengelak.

Episod 2 - Korban Cinta


Cikgu Fatimah (Nabila Huda) merupakan warden penjara. Dia mempunyai kekasih bernama Zahid (Syazuwan Hassan). Zahid sebenarnya berhutang dengan ahlong tapi merahsiakan hal itu dari Fatimah. Sebaliknya, dia menipu Fatimah untuk berkongsi membuka perniagaan dengannya walhal wang yang diminta itu akan diguna untuk membayar hutangnya. Manakala, di penjara, seorang banduan bernama Hasniza (Wan Sharmila) menceritakan kisah dia yang menjadi korban cinta kerana seorang lelaki.

ULASAN


Drama ni memang best dan bagus. Satu lagi karya Wan Mahani yang berintipati dan pengajaran yang baik untuk kita semua. Wan Mahani pernah menulis Andainya Takdir yang mencetuskan fenomena pada tahun 2017.

Kisah ada IKTIBAR ni buat saya teringat pada Mencari Qiblat. Setiap satu episod yang berbeza dan ada pengajaran yang boleh kita ambil darinya. Skrip Wan Mahani juga berkisar tentang masalah sosial yang melanda kita saban hari. Mungkin kerana masalah ni dah selalu sangat berlaku jadi kita dah lali. Mungkin dengan adanya drama macam ni, akan terus ingatkan kita yang gejala sosial ni masih lagi wujud dan perlu diberi perhatian.

RATING:10/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...