Bukan Cinta Aku (2019)




SINOPSIS

Nur Ariana (Janna Nick) merupakan anak perempuan tunggal keluarga kaya. Dia bercinta dengan Aidil (Daler Yusuf), anak seorang ahli politik. Hubungan mereka putus ditengah jalan. Sewaktu Ariana bersedih, pemandu peribadinya, Arjuna (Baim Wong) banyak memberi nasihat. Akhirnya, kedua mereka jatuh cinta namun merahsiakan hubungan mereka dari keluarga Ariana. Sebaik rahsia mereka terbongkar, Ariana dipaksa kahwin dengan Tengku Isma (Syafiq Kyle) yang lebih setaraf berbanding Arjuna yang hanya seorang pemandu.

ULASAN




Romantik komedi. Okey jugaklah. Memula bergulung gak jemari tengok lakonan Janna jadi drama queen. Nampak fake. Maybe sebab first scene. Maybe Janna sendiri awkward nak belakon jadi drama queen. As time goes on, okeylah. Masih lagi drama queen tapi lebih natural.

Saya rasa drama ni akan tunjuk transformasi drama queen kepada matured woman. So, kalau itu niatnya, memang patutlah watak drama queen tu diwujudkan supaya bila berubah nanti akan nampak impak besar dalam kematangan watak.

Lakonan Baim Wong dan dialog yang disampaikan memang berisi. Dan syukurlah sebab Arjuna ni matang dan sabar melayan kerenah Ariana. Mungkin sebab sikap Arjuna ni lah nanti yang buat Ariana jatuh cinta agaknya.

Drama shoot kat Italy so memang cantik. Cuma tak pasti sebab apa, rasa drama ni macam drama tahun 90-an gitu. Mungkin sebab shooting kat overseas kot. Drama tahun tu kan banyak shooting overseas.

Monolog awal "ini bukan cerita cinta tapi tentang hati", lebih kurang macam tu ayat dia, buat saya rasa kurang senang. Seolah akan ada derita untuk Ariana dan sad ending untuk penonton.

RATING: 6/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...