Aku Yang Kau Tinggalkan (2019)


SINOPSIS

Nia (Elizad Shariffuddin) diberitahu oleh emaknya bahawa adiknya bakal berkahwin tidak lama lagi. Zaril (Ungku Ismail Aziz) merupakan cucu kepada orang kaya kampung mereka. Namun, adik Nia melarikan diri kerana sudah punya pilihan sendiri dan tidak mahu menikahi Zaril. Ibu Nia memberitahu yang dia telah menggunakan duit yang dipinjam dari keluarga Zaril untuk menebus tanah tempat mereka berteduh. Nia memutuskan untuk menggantikan tempat adiknya dan menjadi isteri Zaril walaupun menyedari Zaril mengalami kecacatan akibat kemalangan.



ULASAN


Kahwin paksa. Yup. Cliche...tapi masih lagi sebuah karya yang bagus. Nak drama bagus memang kena tengok RTM.

Walaupun kena kahwin paksa tapi ni bukan beshe beshe punya kahwin paksa. Selalunya kahwin paksa ni love-hate relationship. Memula gaduh benci leapas tu cinta sayang. Tak. Dalam drama ni Nia terima kahwin paksarela dia dengan redha. Dia layan suami dia sebaik mungkin dan Zaril pun suka NIa walaupun kekadang dia buat perangai. Kiranya alasan kahwin paksarela Nia ni justified dan bukan alasan remeh sebab mak bapak paksa kahwin sebab umur dah dekat 30 atau sebab nak cucu.

Jalan cerita dan dialog digarap dengan baik. Cantik betul susunan cerita ni. Camerawork pun cun aje angle dan pergerakan dia. Smooth sailing. Totally loved it!

Cuma, if i were to pinpoint a flaw, there's just one.

Episod 8 ke berapa entah, ada 2 orang yang datang untuk terangkan program terapi untuk Zaril. Program tu mungkin lebih elok ditunjukkan secara praktikal. Sambil Nia berbual tentang program, mungkin boleh letak beberapa babak Zaril sedang jalani terapi. Penerangan ilmiah berterusan macam tu agak stiff. Rasanya elok gaulkan dialog ilmu dengan drama daripada diasingkan seketul dengan dialog penerangan. Pandai betul mengajar orang buat drama! Hihi. Ini pendapat je la ye. Dari sudut seorang penonton.

Overall, BEST.

RATING: 10/10


YANG BEST:-


YANG TAK BESH:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...