Filem Turki: Siccin 4 (2017)


SINOPSIS

Disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya, Halil Yilmaz (Mirza Metin) dan keluarganya berpindah semula ke rumah ibubapanya. Bapanya telah meninggal dunia dan mayatnya dikuburkan di halaman rumah itu. Manakala ibu Yilmaz, Saadet (Yasemin Büyükagaolu) terlantar sakit dan tidak mampu berbuat apa-apa. Ibunya dijaga oleh Rahime (Sebahat Adalar), pembantu rumah mereka.

Sejak tinggal di rumah itu, Yilmaz mengalami mimpi ngeri. Isteri dan anak-anaknya turut berdepan perkara misteri.

Yilmaz yang dalam kesempitan wang cuba mencari harta simpanan ibu dan ayahnya yang mungkin tersimpan di dalam rumah. Dia menemui sebuah bilik di bawah tanah yang berkunci dan menyangka mungkin disitulah ibu dan ayahnya menyimpan wang simpanan mereka.


ULASAN

Ini filem Siccin terakhir yang ada kat channel Youtube Siccin Film. Ada lagi 2 kalau tak salah. Filem Siccin 4 ni mengembalikan kehebatan Siccin dan Siccin 2, selepas Siccin 3 dilihat kurang menyeramkan. Siccin kali ni lebih mengerunkan kerana kemunculan satu watak yang belum ada di dalam filem-filem Siccin yang sebelum ni.

Orhan (Adnan Koç) dari Siccin 3 turut membuat kemunculan khas. Dia akan membantu keluarga yang berdepan dengan masalah dalam situasi kali ini.


Babak paling menggerunkan adalah babak bila nenek tu buka pintu bilik bawah tanah rumah mereka dan melihat suaminya dengan seorang wanita. Super scary weyh. Perempuan tu cakap apa pun tak tahu. Lebih aneh dari kak wushu wushu dalam Nur 2 bunyinya. Ada ke cakap dengan suami macam tu?

Overall, puas hati dengan Siccin 4. Harap Siccin 5 lebih awesome jalan cerita dia.

RATING:10/10

2 ulasan:

  1. tak pernah tengok siccin sebab takut huhu. btw saya follow sini ye #2 mind followback if free :D

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun takut juga sebenarnya :)
      Saya dah followback. Thank you follow

      Padam

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...