Filem Korea: Door Lock (2018)


SINOPSIS

Jo Kyung Min (Gong Hyo Jin) tinggal seorang diri di sebuah apartment. Dia bekerja sebagai kerani di sebuah bank berhampiran. Sejak kebelakangan, Kyung Min seringkali bangun pagi dengan sakit kepala. Dia juga mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan kunci pintu rumahnya.



ULASAN

Wah....filem ni memang mendebarkan. Rasa frustrated pun ada. Masa awal filem pun dah disajikan dengan babak yang mengejutkan. Memang seram untuk wanita yang tinggal sendirian ni. Bahaya betul. Lebih seram dari cerita hantu.

Watak Kyung Min sebagai wanita yang tinggal dalam ketakutan kerana duduk rumah seorang diri memang boleh relate. Sebagai seorang wanita, elok kalau dalam beg tu ada pepper spray. Malah, cara Kyung Min pun okey juga walaupun dalam filem ni cara tu tak boleh pakai tapi mana tau in real life, masih boleh dipraktikkan. Cara di mana Kyung Min letak barangan lelaki dalam rumah dia supaya sesiapa yang masuk rumah dia akan fikir yang dia tak tinggal seorang diri.

Memang menakutkan kes awal Kyung Min ni. Nasib baiklah dia ada syakwasangka dan naluri yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Kalau saya jadi dia, dah lama saya pasang cam dalam rumah tu.

Saya tak pasti realiti polis di Korea macam mana mahupun kat Malaysia ni sebab tak pernah deal pun dengan polis. Cuma dalam filem ni ditunjukkan yang polis yang dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang awam bersikap acuh tak acuh malah rasa tak senang bila Kyung Min membuat laporan ada orang masuk rumah dia.

Yang satu ni mungkin betul, bila polis tu cakap yang laporan polis patutnya dibuat bila berlakunya sesuatu insiden dan bukan sebelum. Ini satu isu yang boleh kita renungkan. Apakah tugas polis hanya menyelesaikan jenayah yang telah berlaku? Bagaimana pula dengan mencegah jenayah dari berlaku?

Walaupun dengan mudah dah boleh agak siapa sebenarnya penjahat tu, keseraman cerita masih tak terjejas. Cuma, mungkin kalau klu yang lebih mengelirukan diberikan pada penonton mungkin lebih menyukarkan penonton untuk menyiasat, justeru lebih menarik.

RATING:9/10

YANG BEST: Keseraman tak henti dari awal hingga akhir

YANG TAK BESH: Agak frustrated dengan Kyung Min yang berani tak kena tempat dan membuatkan keputusan yang membahayakan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...