Life on Mars (2018)


SINOPSIS

Han Tae Joo (Jung Kyung Ho) merupakan ketua penyiasat pasukan siasatan jenayah. Dia seorang yang jujur dan berintegriti. Dalam satu kejadian kejar mengejar dengan penjenayah, Tae Joo dilanggar oleh sebuah kereta. Apabila dia sedar, dia sudah berada di tahun 1988. Dia masih mempunyai kerjaya yang sama iaitu polis penyiasat. Tae Joo turut berdepan dengan kes pembunuhan yang menggunakan MO yang sama seperti kes yang disiasatnya pada tahun 2018. Dia kini cuba menyelesaikan misteri pembunuhan bersiri yang berlaku dalam sela masa 30 tahun dengan harapan untuk kembali ke tahun 2018.


ULASAN


Drama penyiasat OCN memang jarang mencewakan. Life on Mars pun best. Kes jenayah yang disiasat boleh tahan best kisah dia.

Another time travel drama. Walaupun drama macam ni dah banyak sangat tapi still rasa seronok tengok. Maybe sebab drama ni ada misteri dan penyiasatan, jadi tak rasa bosan sangat. Walaupun dia time travel tapi drama ni tak terlalu fokus pada perubahan masa sebaliknya hanya fokus pada misteri pembunuh bersiri dari tahun 2018.

Lakonan Go Ah Sung memang terbaik. Pandai dia jadi wanita ayu, suara dan personaliti dia memang sesuai sangat dengan tahun 1988.

Drama ni pun tak kurang kelakarnya. Gelagat Tae Joon dan Kang Dong Chul (Park Sung Woong) yang bertelagah sejak saat pertama Tae Joon buka mata pada tahun 1988 menambah rencah drama. Perhubungan antara 5 anggota pasukan penyiasat ini juga dinamik. Ada romantiknya walaupun bukan sajian utama.


RATING:9/10


YANG BEST: Misteri penyiasat

YANG TAK BESH: Bila Tae Joo sakit kepala, saya pun sakit kepala juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...