Hotel Mumbai (2018)


SINOPSIS

Berdasarkan kisah benar serangan pengganas ke atas Hotel Taj Mahal Palace, India pada tahun 2008.

10 orang pengganas tiba di India dari Pakistan. Mereka diarahkan oleh seorang lelaki yang digelar Bull untuk menyerang 12 lokasi sekitar Mumbai. Salah sebuahnya ialah Hotel Taj Mahal Palace.


ULASAN

Incredible! Serius. Korang kena tengok filem ni. Hotel Mumbai banyak kali direkomen pada hashtag Rekomen Filem kat Twitter. Memang tak mengecewakan.

Tak perlu tunggu lama untuk jadi takut. Permulaan filem menceritakan sedikit latarbelakang watak-watak yang terlibat dan diwaktu yang tak disangka, satu tembakan yang mengejutkan terus bawa penonton ke dalam filem. Saya macam boleh rasa sendiri apa yang mangsa-mangsa pengganas ni rasa waktu tu. Memang nafas tersekat. Jantung macam dah tak boleh berdegup. Dramatik, yes but true. Itu baru tengok filem. Tak boleh bayangkan la macam mana kalau betul-betul ada kat situasi tu. Nyawa kita macam nyawa nyamuk je. Begitu murahnya nyawa manusia pada pengganas laknat ni.


Filem ni berjaya capture perasaan tertekan dalam situasi serangan pengganas. Diorang tak over-do-it. Ada diselitkan komedi tapi rasa macam bersalah pulak nak gelak. Dan apabila mangsa-mangsa ni terselamat diakhir filem, penonton akan menangis kelegaan. Kalau korang tak menangis, tak tahulah.

Yang paling tak faham tentang pengganas ni kan, kenapa diorang kena serang orang yang tak bersalah. Kalau diorang simpati pada nasib Palestin, kenapa tak serang Israel? Kalau simpati pada orang Muslim di India yang ditindas, kenapa tak serang orang yang menindas tu? Kenapa mesti nak dapatkan attention dengan bunuh orang yang takde kaitan ataupun takde kaitan secara langsung dengan penindasan tu? Main bunuh je.

Bila tengok filem macam ni la buat saya rasa pendidikan tu sangat penting untk perkembangan minda. Kalau minda tak berkembang, jadi macam pengganas ni la. Tak dapat bezakan kebenaran dan kebatilan.


RATING: 10/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...