Filem Korea: Dark Figure of Crime (2018)



SINOPSIS

Kim Hyung Min (Kim Yoon Seok) merupakan seorang detektif polis. Dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Kang Tae Oh ( Ju Ji Hoon) yang kemudiannya ditangkap polis dan didakwa membunuh teman wanitanya. Sewaktu bertemu dengan Hyung Min, Tae Oh mengakui membunuh 6 orang lagi selain teman wanitanya. Hyung Min cuba mencari lokasi mayat 6 lagi mangsa dengan bantuan Tae Oh sendiri.

ULASAN

Tak berapa lama dulu tengok Ju Ji Hoon dalam Kingdom. Baru je nak rindu dah muncul sang oppa ni. hihi. Bagus. Saya suka pelakon yang begini.

Okeyh. So, citer pasal filem ni. Menurut wikipedia, filem ni diinspirasikan dari kejadian benar di Busan. Katanya banyak kes jenayah yang gagal dilaporkan. Kes bunuh tak dilaporkan dan mayat mangsa tidak ditemukan. Sedih betul. Takde orang peduli ke pasal mangsa ni? Atapun ada laporan tapi takde siasatan. Erm....tak tahulah.

Filem ni dalam kategori NOT BAD. Watak Kang Tae Oh ni memang psiko sebab dia selamba je bercerita macam mana dia bunuh mangsa-mangsa dia. Gila! Detektif tu pula nasib baiklah kira baik la. Ramai yang tak suka dia sebab dia nak buka kes lama yang polis dah tutup. Buka kes lama bermaksud kes tu belum selesai. Pihak atasan polis risau yang reputasi kerja diorang akan terjejas di mata orang awam.

Tapi Hyung Min tough dan tulikan telinga. Dia tak kisah apa orang nak kata, yang penting dia nak pastikan Tae Oh ni meringkuk dalam penjara buat selamanya atas kekejaman yang dibuat pada mangsa-mangsa terdahulu yang kes kehilangan mereka dah lama ditutup.

Overall, boleh tahan BEST.

RATING: 7/10

2 ulasan:

  1. salam sis singgah sini, bestnya blog ni penuh dengan sinopsis drama.. lama dah tak tengok cerita korea

    BalasPadam

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...