Drama Turki: Hercai (2019)


SINOPSIS

Miran Aslanbey (Akın Akınözü) kehilangan kedua ibubapanya sejak dari kecil. Nenek Miran bercerita tentang Nasuh Şadoğlu yang telah membunuh kedua ibubapa Miran. Maka sejak dari kecil Miran menaruh dendam terhadap keluarga Şadoğlu

Setelah 27 tahun menunggu, akhirnya Miran bertemu dengan Nasuf. Dia membuat perjanjian beli tanah selain ingin mengahwini Reyyan Şadoğlu (Ebru Şahin), cucu kepada Nasuh Şadoğlu bagi membalas dendam. Selepas berkahwin dan meniduri Reyhan, Miran kemudiannya meninggalkan Miran begitu saja demi melunaskan dendam keluarganya pada keluarga Reyyan.

ULASAN


Beberapa orang dah rekomen drama ni pada saya. Mulanya malas nak tengok sebab tau je lah drama Turki ni, satu episod maka masa 2 jam setengah. Memang boleh pause tapi kalau pause then sambung esok tetapi rasa macam misi belum selesai. Kena gak tengok bagi habis satu episod baru rasa macam lega. Hihi. Apapun, disebabkan dah takde drama Turki lain yang dirokemen, maka Hercai menjadi pilihan.

Alhamdulillah,  syukur sebab hanya ada 12 episod.

Permulaan drama ni dengan kuda & kereta terus buat saya deja vu Cesur ve Guzel. Watak utama hero juga berdendam dengan sebuah keluarga, sama macam Cesur ve Guzel. Apa yang membezakannya mungkinlah watak heroin, Reyyan yang hidupnya agak Cinderella berbanding heroin Cesur ve Guzel yang dilayan bak puteri raja.

Walaupun ada persamaan dengan drama Turki lain, 'rasa' drama Turki memang boleh tahan ketagih. Konflik demi konflik diwujudkan dan latar belakang watak diceritakan kepada penonton dengan cepat. Mungkin sebab 12 episod saja jadi mereka rushing tapi rushing sekalipun masih lagi dalam tempo yang baik.

Yang tak fahamnya dalam cerita Hercai ni adalah kenapa Hazar, ayah Reyyan tu masih nak duduk sebumbung dengan ayah dia sedangkan ayahnya dia layan Reyyan dengan buruk? Part ni memang tak boleh hadam. Sesapa yang boleh hadam, tolong eksepelen plis.

Hercai banyak kejutan. Kalau drama Melayu macam ni, mau pecah rekod.

Drama Hercai sebuah drama yang seronok ditonton pada mulanya. Bila kat tengah dah rasa macam hilang bisa sikit tapi nasib baik ending dia manis. Happy ending okey! So, takla sedih macam kebanyakan drama Turki lain. Kali ni, bahagia milik penonton.


RATING: 8/10

YANG BEST: Konlfik dan plot twist yang menarik. Miran yang sweet sebab buat buaian untuk Reyya.

YANG TAK BESH: Fesyen rambut Miran yang tak berubah walaupun dihari perkahwinan :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...