Brother of The Year (2018)


SINOSPIS

Chut (Sunny Suwanmethanon) yang berharap ibunya akan melahirkan adik lelakinya untuknya agak kecewa bila ibunya melahirkan seorang bayi perempuan. Kekecewaan berterussan bila adiknya yang dinamakan Jane mempunyai personaliti berbeza. Jane (Urassaya Sperbund) seorang yang pintar dan disayangi sedangkan Chut seringkali gagal dalam pelajaran.

Konflik adik beradik ini berterusan apabila keduanya berpindah dari kampung ke Bangkok untuk bekerja dan tinggal di rumah yang sama. Namun, konlik terbesar melanda apabila Jane jatuh cinta dengan Moji (Nichkhun) dan ingin berkahwin sebelum berpindah ke Jepun. Apabila Chut mengetahuinya, dia membantah.


ULASAN

Filem Thailand yang kedua untuk saya lepas kejayaan gemilang Bad Genius. Katanya filem Brother of the Year ni dibuat oleh produksi yang sama dengan Bad Genius. So, harapan agak tinggi. Bahaya bila berharap sebenarnya tapi filem ni tak mengecewakan.

Seiring dengan tajuknya tentang brother, kisahnya beri keutamaan pada hubungan adik-beradik antara Chut dan Pad. Kisah adik beradik ni ramai yang boleh relate kecuali kalau anda anak tunggal la kan. Kalau anak tunggal, mungkin filem ni akan bawa cemburu je huhu. Untuk yang adik beradik, mungkin akan rasa masam manis kelat dan masin bila habis menonton.

First impression masa tengok trailer rasa macam ni cerita komedi habis la tapi tak juga sebenarnya. Komedi tu ada cuma kisahnya lebih manusia. Tengok filem ni sebab nak gelak je tapi last last menangis...jahat betul citer ni. Lain yang kita nak, lain yang dia bagi,

Filem ni boleh dikira santai jugak la. Dia tak go terlalu deep dan konflik adik beradik yang dipaparkan adalah konflik yang kebanyakkan orang boleh relate. Cuma dalam hidup kita, tak semua adik beradik ada konflik yang sama. Ada keluarga yang konfliknya lebih derita.

Tapi jangan risau, dia takde cliche ending. Dua beradik ni hidup hingga ke akhir filem. So, happy ending. Happy ending yang agak sedih. Happy tapi sedih? Camne tu? Haha, nak tau kena tengok. Citer banyak pun nanti spoil lak.. Adik beradik ni hensem dan beautiful. Plus, ada Nichkhun.

RATING: 8/10

1 ulasan:

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...