Arthdal Chronicles tiru Game of Thrones?

Selepas tayangan perdana Arthdal Chronicles, ramai yang dapat cari persamaan antara drama ini dengan Game of Thrones. Macam dalam ulasan Arthdal Chronicles, saya ada sebut persamaan yang timbul kerana temanya lebih kurang sama; perebutan kuasa dan wilayah.

Kontroversi ini timbul apabila peminat GoT dapat mencari persamaan antara Arthdal Chronicles dengan Game of Thrones. Jom tengok sikit, apa yang samanya.

1. The Iron Throne VS The Bear Throne


Kalau Iron Throne ada pedang, The Bear Throne, well, ada kepala beruang. Walaupun persamaan ini diketengahkan, penonton yang mempertahankan keaslian Arthdal Chronicle menyatakan bahawasanya berdasarkan mitos, Tagon, watak yang dimainkan oleh Jang Dong Gun ni mempunyai ibu yang asalnya beruang dan kemudian bertukar menjadi manusia. So, dia ada darah beruang la sebab mak dia beruang. Sebab tu la dia duduk di Singgahsana Beruang.

2. Melisandre VS Tae Al Ha


Hanya kerana memakai tudung dalam warna yang hampir sama, watak Tae Al Ha dituduh meniru watak Melisandre. Tae Al Ha dalam Arthdal Chronicles merupakan kekasih kepada Tagon. Dia dari keturunan Hae yang mana keturunan Hae ni bijakpandai dalam ilmu sains tapi Tae Al Ha lebih cenderung ke arah politik. Manakala, Melisandre merupakan pengamal ilmu sihir dan penasihat kepada Stannis Baratheon.

Kalau nak disamakan pun bolehla juga. Kalau difikirkan, kedua watak ni mempunyai kelebihan (Melisandre ada ilmu sihir, Tae Al Ha ada ilmu sains/politik) yang boleh membantu pemimpin mereka masing-masing (Stannis dan Tagon) tapi bukan ke watak penasihat macam ni memang selalu ada?

3. The Great Ice Wall VS The Great Black Wall



Benteng dalam GoT wujud untuk memisahkan Westeros dari wildlings. Dalam Arthdal, bentengnya untuk memisahkan rakyat Arthdal dari penduduk Iark yang dikatakan barbaric.

4. Dothraki VS Daekan


Dothraki terkenal dengan keganasan mereka dan Daekan juga tak kurang ganasnya. Sewaktu menyerang perkampungan Iark, tentera Daekan membunuh kaum Wahan tanpa belas kasihan dan membakar perkampungan mereka sebelum membawa lebihan penduduk yang masih hidup untuk dijadikan hamba. Mirip la dengan Dothraki tapi persamaan ni memang wujud dalam kebanyakan kisah perang dulu rasanya. Masa nak meluaskan wilayah takluk, perkara macam ni mesti banyak berlaku pada zaman dulu kan.

So, korang rasa? Erm, for me la, memang ada persamaan cuma rather than saying diaorang tiru, mungkin boleh kata diorang terinspirasi. Maybe masa tulis cerita ni, tengok GoT dulu untuk ambil mood.


Then again, penulis skrip Arthdal Chronicles adalah penulis yang sama menulis Queen Seon Deok, Deep-Rooted Tree dan Six Flying Dragon. Penulis skrip ni pernah dilanda kontroversi semasa drama Queen Seon Deok sebab dikatakan meniru karya seorang penulis lain. Besar juga isu ni. Akhirnya, mahkamah putuskan yang Queen Seon Deok memang karya yang ditiru.

Tiru atau tak, saya rasa saya still boleh enjoy drama ni. Kalau pihak produksi GoT tak rasa Arthdal meniru dan tak ambil sebarang tindakan undang-undang, I think we can safely move on dengan menyakini Arthdal adalah karya asli.

Untuk enjoy Arthdal Chronicles better jangan terlalu dwell dengan persamaan yang wujud dengan GoT. Mungkin peminat GoT macam saya, senang nak terbayang GoT masa tengok Arthdal tapi cuba let go dan layankan jalan cerita Arthdal yang lebih banyak unsur mistik.

Arthdal Chronicles boleh ditonton di NETLIX. Selamat menonton!

2 ulasan:

  1. tak tengok GOT jadi okay je drama korea nie.. Terinspirasi tu perkara biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Peminat GoT senang nampak GoT di mana saja.

      Padam

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...