10 Filem untuk Ditonton Sempena Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di mana jua anda berada. Mungkin sedikit terlambat wish tapi ada hadiah untuk kalian. Entry kali ni untuk korang enjoy filem ni dengan ayah masing-masing dan keluarga atau enjoy sensorang pun boleh. Motifnya di sini adalah filem yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar ayah.

1. Finding Nemo (2003)


Ini semua orang tahu. Filem ikonik yang mempopularkan Clown Fish. Nostalgia betul filem ni tapi sampai hari ni pun masih ramai yang tengok. Parents yang pernah tengok Nemo confirm akan bagi anak tengok filem ni. Mengisahkan Nemo yang diculik penyelam dan dijadikan ikan hiasan di dalam akuarium sebuah klinik gigi. Ayah Nemo berusaha mencari anaknya yang hilang dengan bantuan makluk laut yang lain.

2. Papadom (2009)


Tak tahulah kalau korang ingat atau mungkin ada yang tak pernah dengar pun. Filem lakonan Afdlin Shauki sebagai Saadom merupakan ayah kepada Miasara (Liyana Jasmay). Kasih sayang ayah tak berbelah bagi pada anaknya sehinggakan dia keterlaluan dalam mengawasi anaknya.

3. Ode to My Father (2014)

Filem Korea berdasarkan kisah benar tentang penghijrahan rakyat Korea untuk bekerja di lombong di German dan bekerja sebagai jururawat. Yoon Deok Soo (Hwang Jung Min) bekerja keras untuk menanggung keluarga selepas kehilangan ayah. Dari situ, Deok Soo memahami hati ayahnya apabila dia terpaksa menjadi seorang 'ayah' pada usia yang muda.

4. Dangal (2016)

Baru ni ditayangkan di TV3. Juga berdasarkan kisah benar. Mahavir Singh Phogat (Aamir Khan) merupakan bekas atlet gusti. Dia terpaksa berhenti menjadi atlet kerana tidak direstui ayahnya yang mahu dia kerja makan gaji. Namun begitu, dia tidak putus asa. Dia menyimpan impian untuk menjadikan anak lelakinya seorang atlet gusti. Malangnya, setiap anak yang dilahirkan adalah perempuan menyebabkan dia hilang semangat untuk meneruskan impiannya. Satu insiden yang melibatkan dua anak perempuannya kemudiannya memberi sinar baharu pada Mahavir untuk terus mencapai impiannya.

5. Miracle in Cell No. 7 (2013)


Filem yang meruntun hati ramai orang. Kisah seorang lelaki kurang cerdik yang dituduh membunuh dan dijatuhi hukuman gantung. Lee Yong Gu ( Ryu Seung Ryong) dituduh mencabul dan membunuh seorang kanak-kanak namun dia sebenarnya tidak bersalah. Sewaktu dipenjara dia mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan di bilik no. 7. Mereka berkomplot untuk membawa masuk Yesung, anak kepada Yong Gu ke dalam penjara dan tinggal bersama mereka.

6. Taken (2008)



Liam Nesson memegang watak sebagai Bryan Mills, agen CIA yang baru bersara. Dia cuba meluangkan masa bersama anak perempuannya, Kim Mills (Maggie Grace) yang kini tinggal bersama bekas isterinya dan suami baru. Kim meminta kebenaran Bryan untuk melancong ke Paris. Pada mulanya Bryan enggan namun akhirnya bersetuju. Malangnya, sebaik tiba di Perancis, Kim dan rakannya, Amanda diculik mereka yang tak dikenali.

7. Gifted (2017)


Bukan ayah tapi bapa saudara. Namun, watak Chris Evans sebagai Frank Adler sudah seperti ayah untuk Mary. Ibu Maru merupakan seorang genius Matematik dan Mary turut mewarisi kepintaran yang sama. Kehidupan Frank dan Mary mula berubah apabila Mary mula ke sekolah dan mengalami masalah menyesuaikan diri. Dalam pada itu, nenek kepada Mary cuba mengambil hak penjagaan Mary dari Frank.

8. The Pacifier (2005)


Masih lagi bukan seorang ayah. Hihi. Tapi korang pun mesti tau pasal filem ni. Dah banyak kali diulang tayang di tv. Kisah tentang Shane Wolfe (Vin Diesel) ditugaskan untuk menjaga 5 orang anak kepada Plummer, rakan setugasnya yang baru saja meninggal dunia.Shane berdepan pelbagai kerenah 5 beradik tu dan cuba menyelesaikannya. Walaupun hanya macam babysitter tapi campurtangan Shane dalam masalah keluarga tu dah buat dia macam seorang ayah.

9. The Lion King (1994)


Sementara tunggu Lion King 3D tu, bole layan yang animasi je dulu. Kisah bagaimana King Mufasa mendidik anaknya supaya satu hari nanti Simba boleh menjadi raja yang baik kepada kumpulannya. Apatah lagi, Mufasa, sebagai seorang ayah turut menunjukkan kasih sayang kepada Simba biarpun tegas dalam mendidik.

10. Bisik Pada Langit (2017)


Filem yang create quite a buzz. Menangis tengok cerita ni. Lakonan Jalil Hamid sebagai Wak Rosli yang mencuba pelbagai cara untuk pergi menziarah anaknya, Siti Hajar (Ummi Nazeera) yang berada dalam koma selepas kemalangan menunggang motosikal. Kasih sayang Wak Rosli pada anaknya cukup besar, malah terlalu besar hingga dia dilihat sebagai ayah yang pilih kasih. Sayangnya hanya pada Siti Hajar. Dua orang lagi anaknya merasa terpinggir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jemput Sembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...