Songlap (2011)


SINOPSIS

Songlap menelusuri kisah dua beradik Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) dan dugaan hidup mereka di kota. Mereka masyarakat yang terpinggir dari arus massa dan terjerumus ke kancah kemelut sosial. Kepincangan institusi kekeluargaan dan kemiskinan menghambat mereka untuk hidup dalam penderitaan. Namun, keduanya cuba mencari sesuap nasi demi menampung kehidupan.

Am banyak menumpukan pada usaha mencari wang manakala Ad sedang bergelut dengan emosi dalam menghadapi alam remaja. Dalam Am berputus asa dan menerima kehidupan mereka seadanya, Ad mengimpikan lebih dari itu. Dia mahu bertemu ibunya dan mahu menjadi seorang breakdancer.

ULASAN

Penceritaan dari awal hingga ke akhir memang hebat. Dari segi jalan cerita, perkembangan plot, cameraworks dan juga watak memang menarik dan berkesan. Sebuah filem yang layak dinobat filem terbaik. Ini antara filem Malaysia yang boleh dibanggakan.


Selalunya kalau menonton cerita tempatan, ada saja benda saya nak komen itu ini tapi filem Songlap ni tak ada satu pun yang nak dikomplen. Semuanya seperti sebuah puzzle yang lengkap. Tak ada ruang kosong untuk kritikan.


Idea cerita dan isinya cukup padat. Dialog dan lontarannya oleh pelakon memang buat penonton masuk ke dalam cerita dari awal hingga penghujung. Susah nak jumpa cerita yang macam ni. Saya ni biasanya jenis banyak songeh tapi Songlap buatkan saya jadi penonton yang baik. Mulut terdiam. Mata dan hati menghayati.

RATING: 10/10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...