Ezel (2009)



SINOPSIS

Omer berkawan dengan baik dengan Ali dan Cengiz. Dia juga mempunyai kekasih bernama Eysan. Ayah Eysan, Serdar telah membuat rancangan untuk merompak sebuah kasino. Sahabat baiknya, Ali dan Cengiz pula turut terlibat dalam rancangan itu. Malah, Eysan yang dicintainya pula sememangnya wanita yang sudah biasa memperdaya lelaki demi kepentingan diri. Rancangan itu dibuat dengan melibatkan Omer tanpa pengetahuan lelaki itu. Mereka telah merancang untuk menjadikan Omer kambing hitam dalam rompakan itu. Omer akhirnya ditangkap dan dijatuhi hukuman atas jenayah yang dia tidak lakukan.

12 tahun kemudian, muncul seorang card player tersohor bernama Ezel datang menginap di hotel kasino milik Cengiz. Cengiz pula telah berkahwin dengan Eysan dan mempunyai seorang anak. Manakala Ali memegang jawatan sebagai Ketua Sekuriti kasino berkenaan. Ezel kembali untuk menuntut bela atas pengkhianatan yang dilakukan terhadap Omer.


ULASAN

Dah banyak kali dengar tentang drama Ezel ni. Dan dekat RTM2 pun dah disiarkan. Banyak artikel yang mengesyorkan Ezel sebagai antara drama Turki terbaik pernah diterbitkan.

Sejujurnya, saya memang tak minat drama yang ada kaitan dengan perjudian. Jadi, bila dari awal nampak daun terup pun dah rasa turn off. Lepas tu kisah ni dibawa pula ke casino dan memandang watak-wataknya terlibat secara langsung dengan kasino, lagilah saya takde mood nak menonton.

Walaubagaimanapun, casino aside, saya boleh nampak kehebatan cerita ni. Omer dikhianati orang yang dia cintai. Itu bukan sesuatu yang boleh dilupakan seseorang. Apatah lagi, dia turut dipergunakan dua lagi orang yang dia anggap kawan.


Drama ni juga merupakan adaptasi drama The Count of Monte Cristo. Saya belum berkesempatan baca novel tu tapi cukup dengan baca kat Wiki, memang ada persamaannya.

Sinematografi drama ni agak warm tapi serius. Saya prefer colourful and scenic.

Pendek kata drama ni tak sebulu dengan taste saya. Tapi ini tak bermaksud ia bukan taste awak. Kalau suka Count of Monte Cristo, mesti suka citer ni. Dan kalau suka cerita heavy, memang ini untuk anda.


RATING: 6/10 (hanya untuk episod 1)

YANG BEST: Ada segala macam rencah kehidupan; persahabatan, keluarga, cinta, pengkhianatan, jenayah. Beraneka rasa.

YANG TAK BEST: Ezel terlalu popular hinggakan saya dah tahu dari awal siapa Ezel sebenarnya. Dah takde surprise. Like somebody ruins Sixth Sense for you.

TRIVIA: Babak Eysan jadi saksi di mahkamah bagi kes Omer buat saya teringat babak yang sama waktu Nihan jadi saksi kes Kemal. Was Kara Sevda paying tribute to Ezel?

Halka (2019)


SINOPSIS

Seorang lelaki membawa wang tebusan untuk membuat pertukaran dengan bayinya yang diculik. Sebaliknya, dia terbunuh, wang dibawanya diambil dan seorang bayi lelaki di tinggalkan di dalam kereta tersebut. Lebih mengejutkan bahawa bayi yang ditinggalkan itu bukanlah anaknya.

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, isterinya menerima bayi itu tanpa banyak soal dan membesarkannya seperti anak sendiri.


25 tahun kemudian, bayi yang bernama Kaan Karabulut (Kaan Yildirim) itu berada dipenjara atas kesalahan mencuri. Dalam pada itu, pihak polis menerima sekeping DVD yang dihantar kepada Kaan. DVD itu mengandungi video kejadian yang meragut nyawa ayahnya di samping memberi maklumat tentang mereka yang bertanggungjawab.

Pihak polis meminta kerjasama Kaan untuk menjadi spy bagi membawa pembunuh ayahnya ke muka pengadilan. Kaan diminta untuk bekerja dengan Cihangir Tepeli (Serkan Çayoğlu) yang merupakan anak kepada Ilhan Tepeli, salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan ayah Kaan.


ULASAN

Sejujurnya, masa tengah cari drama baru, ternampaklah drama Halka ni tapi tak rasa nak tengok. Lepas tu nampak ada thumnail Hande Ercel dalam drama ni. Maka, rasa nak tengok. Permulaan cerita nyata tidak mengecewakan malah rasa kagum sangat. Idea yang bagi saya segar dan cukup perisa sebagai misteri untuk suatu pembukaan hikayat.


TAPI.....

Everything started to go downhill from there. Mungkin sebab pembukaan drama dah gempak, semua lepas tu dah nampak kurang gempak.

Misteri demi misteri dipersembahkan membuatkan penonton mula menimbulkan persoalan demi persoalan tapi malangnya, soalan tu berhimpun terlalu banyak tanpa mendapat sebarang jawapan. Mungkin mereka berpendapat nak teruskan misteri supaya penonton lebih intirg nak tahu tapi soalan yang terlalu banyak dibiarkan berlapuk boleh buat minda penonton berkulat.

Sinematografi drama ni agak semak. Terlalu banyak prop dalam setiap shot menjadikan angle kamera sempit.

Lakonan biasa-biasa je. Dialog kurang menarik. Lawak pun tak, intense pun tak. Suam-suam je.

Secara keseluruhan, drama ni agak mendatar.


RATING: 3/10

YANG BEST: Hero hensem. Ada Hande Ercel, si comel jelita. And kalau rindu dengan Hazal Subasi (Adini Sen Koy), boleh lepas rindu.

YANG TAK BESH: Emosi sewaktu menonton berselang dari mendatar, bosan dan cepat hilang fokus

Carpisma (2018)


CARPISMA - CRASH

SINOPSIS

Kadir Adali (Kivanc Tatlitug) merupakan seorang pegawai polis yang kehilangan isteri dan anaknya dalam satu letupan pengebom berani mati. Kehilangan orang tersayang membuatkan Kadir hilang pertimbangan dan hampir membunuh diri. Namun, dia dipertemukan kembali dengan Zeynep (Elcin Sangu), bekas kekasihnya yang ketika itu sedang melarikan diri dari pihak polis. Zeynep mengejar masa untuk menyerahkan wang tebusan kepada penculik anaknya.

I'm loving this bromance, by the way

Kerem Korkmaz (Alperen Duymaz) baru saja dibebaskan dari penjara dan cuba membina hidup baru namun dek kerana label banduan, dia tidak diterima untuk bekerja di mana-mana. Akhirnya, atas ajakan kawan lama, Kerem bersetuju merompak. Dalam kejadian rompakan itu, akibat tersalah langkah, Kerem tertikam Jemre Gur (Melissa Asli Pamuk).


ULASAN


Drama ni dari episod 1 pun dah kebaboom. Cerita ni dihamparkan kepada penonton dengan begitu baik sekali. Segala latarbelakang kisah setiap watak dipersembahkan untuk difahami penonton. Kisah ni takde misteri, jadi taklah se-stress Vuslat. Walaupun tanpa misteri, cerita ni banyak menyiksa emosi penonton.

SPOILERS

Dari awal lagi, telah ditunjukkan babak kecurangan seorang suami. Kemudian, tak cukup dengan curang, dia juga kaki judi. Tak cukup dengan judi, dia juga berhutang duit kalah judi. Tak cukup dengan hutang judi, dia juga melakukan jenayah membawa masuk wang secara haram. Tak cukup dengan jenayah tu, dia curi pula wang haram tu untuk bayar hutang. Dah la wang haram, curi pula. Dah double haram tu. (Hael Hussaini &Dayang Nurfaizah) x 2 = ? Pokoknya, suami Zeynep ni trash! Sama macam Zeynep dalam Kara Sevda tu, trashina.

Lagi seksaan emosi adalah Kadir yang merupakan anak yatim. Seringkali mengimpikan berkeluarga. Dah elok berkeluarga, mati pula akibat kebodohan pengganas.

Kerem pula dah elok selesai jalani hukuman tapi kerana label banduan, masyarakat menolak dia dari semua sudut dan akhirnya menolak dia ke kancah jenayah.


Jemre Gur ni sekali pandang life dia okey je. Ada kerjaya sebagai peguam dan bekerja di firma guaman ayah dia. Boyfriend dia pun peguam yang kerja di firma yang sama. Dan dia nak sambung master di Columbia University weyh. Bijak, bekerja, berdikari, cantik, kaya, semuanya sempurna, kan? Huhu. Tak! Sadisnya, dia juga disiksa tanpa dia sedar. Yang ni tak nak spoil. Engkorang tengoklah sendiri.

Empat orang dari latar hidup yang berbeza dan penuh derita ni dipertemukan oleh takdir dalam sebuah insiden yang menarik. Dari situ, mereka bekerjasama untuk mencapai tujuan masing-masing. Mencari bahagia, bertemu cinta.

RATING: 10/10

YANG BEST: Penonton diberi kefahaman yang baik tentang kisah watak-watak. Menjawab segala soalan yang bermain difikiran penonton dengan cepat.

YANG TAK BESH: -

Cesur ve Güzel (2016)


CESUR VE GUZEL - BRAVE AND BEAUTIFUL

SINOPSIS

Cesur Alemdaroglu (Kivanc Tatlitug) menyelamatkan Suhan Korludağ (Tuba Büyüküstün) dari kuda yang tiba-tiba meradang. Cesur merupakan penduduk baru di penempatan itu. Manakala, Suhan adalah anak kepada Tahsin Korludağ, orang yang bertanggungjawab memajukan kawasan tempatan itu.Walaupun berjasa membawa pembangunan, Tahsin mempunyai banyak musuh. Malah, Cesur mendapati yang kuda milik Suhan sengaja disakiti supaya ia meradang dan membunuh Suhan.

Kerana mereka tinggal di pekan yang kecil, Cesur dan Suhan seringkali bertembung. Malah Cesur sengaja mencari jalan untuk terus bertemu dengan Suhan. Suhan mula terusik dengan kehadiran Cesur walaupun ketika itu dia sudah mempunyai kekasih. Dia mula jatuh cinta dengan Cesur tanpa menyedari yang Cesur mempunyai agenda tersembunyi untuk rapat dengannya.


ULASAN

Masa drama ni bersiaran kat NTV7, hanya sempat tengok satu dua episod je. Macam tak layan sangat. Mungkin masa tu tengah obses dengan drama lain. Masa tu tengah hot Kekasih Paksa Rela kot. Tak pasti. Tapi tengok juga cerita tu sampai habis sebab rasa macam best tapi lepas tu tak dah tak tengok. Sibuk buat benda lain.


Drama ni antara drama Turki yang paling banyak dieksport ke luar negara kalau tak salah. Memang hot stuff. Mungkin sebab Brad Pitt Turki yang berlakon, so dapat sambutan mengalakkan. Tuba pun cantik orangnya. Kisah Turki ni tak lari dari dendam kesumat dan kisah silam yang kotor. Yang selalu membezakannya adalah latar tempat. Latar tempat ni penting sebab boleh beri kesegaran pada cerita.

Namun begitu, drama ni menarik sebab ideanya agak berbeza. Keinginan seorang anak yatim untuk mempunyai keluarga dan asal usul menyebabkan dia mencuri identiti orang lain dan hidup seolah dia adalah anak kepada sepasang suami isteri. Dan dari keinginan itu, dia telah bertindak memusnahkan hidup orang lain. 
Babak yang memalukan Suhan dan diriku. Nak tau kenapa, kena tengok...haha

RATING: 8/10

YANG BEST: Idea cerita yang lain dari yang lain dan latarbelakang yang menyegarkan mata yang memandang.

YANG TAK BESH: ....


Kara Sevda (2015)


KARA SEVDA - BLACK LOVE

SINOPSIS

Kemal Soydere (Burak Özçivit), seorang pelajar jurusan Kejuruteraan bertemu dengan Nihan Sezin (Neslihan Atagül) seorang pelukis dalam sebuah bas. Tertarik dengan Kemal, Nihan telah melukis wajah Kemal dan menjadikan lukisan itu salah satu lukisan di pameran lukisannya. Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta namun mereka takut dengan rasa cinta dua darjat antara mereka. Nihan merupakan anak perempuan keluarga berada sedangkan Kemal dari latar belakang keluarga kebanyakan.

Nihan meyakinkan Kemal yang dia sanggup hidup susah dengan Kemal sekiranya cinta mereka tidak diterima keluarga. Yakin dengan janji Nihan, Kemal memutuskan untuk memperisterikan Nihan. Tanpa diduga, Nihan menolak malah bertindak drastik dengan memutuskan hubungan mereka. Kemal yang kecewa membawa diri ke Zonguldak.

Selepas 5 tahun, dia kembali ke Istanbul. Nihan pula sudah mendirikan rumahtangga dengan Emir Kozcuoglu (Kaan Urgancıoğlu), lelaki dari keluarga setaraf. Walau cuba membenci Nihan, rasa cinta yang masih ada membuatkan Kemal cemburu dan berkeinginan untuk membalas dendam.


ULASAN

Ini cerita pertama Turki yang saya tengok dan jatuh cinta pandang pertama. Inilah drama titik tolak saya menonton drama Turki lain.

Dalam drama ni, pertalian keluarga adalah jalan cerita yang utama. Demi melindungi adiknya, Nihan sanggup mengorbankan cinta dan memenjara diri hidup dengan lelaki yang tak dicintai. Walaupun ditikam dari belakang oleh adik dan abangnya, Kemal tetap memaafkan mereka.


Pendek kata, Kemal dan Nihan menjadi mangsa keadaan, atau lebih tepat mangsa cinta gila Emir Kozcuoglu. Walaupun tak dicintai Nihan, Emir rasa cintanya pada Nihan sudah cukup untuk mengikat mereka. Dia adalah psychopath kelas atasan. Sanggup mengugurkan anak wanita yang ditidurinya, menculik malah membunuh. Gila, kan?

Cinta yang tak pernah habis antara Nihan dan Kemal menguatkan keduanya untuk bangkit bersama menyingkirkan Emir. Emir juga bangkit secara solo untuk menyingkirkan Kemal. Maka, berlakulah sesi singkir-menyingkir.

Cer teka dia kat mana? Klu: Scofield.

Cerita ni honestly, agak tension. Selalu kena darah tinggi tengok citer ni. Kadang-kadang je ada part-part romantika tapi mungkin sebab part romantik ni sikit maka ia lebih dihargai.

Drama ni 74 episod, gais. Sepanjang anaconda amazon tapi dek tertawan dengan kehenseman Burak Ozcivit, ku gagahkan kudrat tengok sampai habis.

Yang terbaik yang tercipta dari cinta agung Nihan dan Kemal, si comel Deniz!

RATING: 9/10

YANG BEST: Banyak pelakon cantik. Kacak ada la dua tiga ketul but one is already enough for me. Sinematografi cun. Pertama kali rasa nak bunuh dua watak (kebiasaanya satu)

YANG TAK BESH: Moral compass Kemal terlalu ke utara. Like, dia sangat bermoral dalam menegak keadilan. Boleh tak kalau macam kau tembak je Emir? The End. Lagipun ini kan drama je. Ini tak, kena buat perancangan untuk jatuhkan Emir, guna tech nerd, spy, pakai fon 2G, culik anak sendiri, culik Nihan dll. Letih mak! XD ...and tak puas hati dengan ending. Sadis!


Vuslat (2019)


VUSLAT -  REUNION

SINOPSIS

Aziz Korkmazer (Kadir Doğulu) bermimpi yang dia ditanam hidup-hidup. Dalam mimpi itu, dia nampak beberapa orang yang tidak dikenali yang hadir di pengkebumiannya. Namun, setelah terjaga, dia mula dipertemukan dengan satu persatu orang yang pernah muncul dalam mimpinya termasuklah, Feride Çaglar (Devrim Özkan).

Suatu malam, Feride dengan tidak sengaja telah menyaksikan pergaduhan yang melibatkan Aziz. Kejadian itu telah mengorbankan beberapa orang dan Feride menjadi saksi yang Aziz adalah pembunuhnya.


ULASAN

Dah tengok dah cerita ni sampai episod 8. Memang sangat nak tahu apa kaitan watak-watak ni dengan Aziz sebenarnya. Feride pun macam ada kena mengena dengan Aziz. Masalahnya, tak tahu apa kaitan mereka ni. Dot dot dah ada tapi tak boleh nak sambung dot dot tu jadi 'binatang' apa. Tu yang agak stress tu. Ini adalah antara sebab saya suka tunggu drama dah complete baru tengok. Kalau tak complete lagi, macam ni lah, tak sabar nak tengok misteri terbongkar. Agak-agaknya apalah 'binatang' yang akan keluar nanti. Drama ni dia drop piece by piece. Macam puzzle. Tak sabar nak tunggu puzzle ni lengkap.

Pak cik ni adalah watak yang paling 'disturbing'. Like who are yusss? Please tell me now!

Ada yang interesting pasal drama ni adalah diorang ada main satu permainan lama, antik. Tapi kalau tengok permainan tu hanya macam dam ular je sebenarnya. Cuma dam ular dia lebih cool, klasik dan ada content. Dadu dia pun style! Yang tak bestnya, diorang baling dadu sekali je semalam. Esok baru sambung main. Bila nak abis?

Ni ha Dam Ular tu, can you see the ular?

RATING: 8/10

YANG BEST: Misteri yang membuatkan penonton tak sabar untuk ia dibongkar. Watak utama yang Alpha Male tapi gentleman bila bercinta. Wanita yang berdikari dan tidak lembut-lembut pau kacang.

YANG TAK BESH: Cliche; isteri/mak yang mata duitan (sama macam cerita Adini Sen Koy), adik-beradik yang dengki (macam Kara Sevda)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...